Perkhidmatan Kami

HA Lifecode Solution menyediakan khidmat perundingan profesional untuk memastikan babak perubatan anda disampaikan dengan realistik, tepat, dan berimpak tinggi. Kami membantu penulis novel, penulis skrip, penerbit drama/filem, pasukan produksi animasi,dan pengarah kreatif mencapai kualiti perubatan yang boleh diyakini.

Semakan ketepatan perubatan
(Medical accuracy check)

  • Menyemak fakta perubatan dalam manuskrip atau skrip
  • Mengenal pasti kesilapan yang boleh menjejaskan kredibiliti cerita
  • Disertakan cadangan pembetulan yang logik dan bersesuaian dengan jalan cerita.

Proofreading Istilah & Dialog Perubatan

  • Menyemak dan memperbetulkan penggunaan istilah perubatan.
  • Menyesuaikan dialog agar lebih meyakinkan, mengikut konteks dan watak profesional kesihatan.
  • Sesuai untuk manuskrip yang telah hampir siap untuk penerbitan atau penggambaran.

Penambahbaikan Babak Perubatan
(Scene Fix & Enhancement)

Membantu menulis semula atau menstrukturkan babak perubatan agar lebih tepat dan dramatik.


Sesuai untuk babak seperti:

  • Kecemasan (ER/trauma)
  • Surgeri
  • ICU/ward scene
  • Konsultasi klinikal
  • Kematian, CPR, atau prosedur kritikal lain

Sokongan Watak Profesional Kesihatan

  • Mencadangkan latar belakang, gaya komunikasi, dan personaliti watak doktor, jururawat, paramedik, atau ahli farmasi.
  • Memberi input realistik berkaitan tingkah laku, etika kerja dan cabaran sebenar dalam profesion perubatan.
  • Mengelakkan watak yang terlalu klise atau tidak masuk akal.

Semakan storyboard & aliran cerita

  • Menilai keseluruhan perjalanan cerita dari sudut logik klinikal dan kronologi rawatan.
  • Memastikan kesinambungan peristiwa perubatan tidak bercanggah dengan realiti amalan klinikal.
  • Membantu produksi merancang visual dan naratif yang berkesan.

Sesi perbincangan profesional

  • Konsultasi melalui Zoom/Google Meet/Fizikal atas permintaan.
  • Sesi 30–60 minit untuk brainstorming, semakan bersama skrip, atau memberi input kepada produksi secara langsung.

Anda pasukan kreatif?

Hubungi kami untuk kolaborasi

Kami bantu pastikan babak anda tepat dan meyakinkan

Hubungi Sekarang

Syarikat produksi drama/filem

Penulis skrip & penulis novel

Pasukan produksi animasi

Penerbit buku remaja/dewasa

Pementasan teater yang melibatkan elemen perubatan